Saturday, February 14, 2009

Raayat Sanggang d' Perantauan

Assalamualaikum raayat Sanggang !!!!!!!.........

Koi ni (Tok Ki) nak cuba buka blog borak-borak anak Sanggang d' perantauan (khasnya dalam kawasan Lembah Klang), koi kira ramai gak raayat Sanggang yang berhijrah menjadi penduduk tetap (Lembah Klang) atau pun mencari makan kat Lembah Klang ni (termasukkan koi ni), dalam masa dah lebih 15 tahun koi menjadi penduduk tetap di Lembah Klang ni, koi rasa ada sesuatu yang tak kena dengan dengan kita sebagai orang kampung Sanggang, pada pandangan koi kawasan Lembah Klang ni, tak lah berapa luas sangat (orang kedah kata "pi mai pi mai tang tu gak" ). Koi nak ketengah hal ini bukan apa, cuma orang-orang kita "lost contact" diantara satu sama lain..... tak ader perhubungan "silatulrahim" buat hal masing-masing ajer, tak tau la kalau masing-masing nak jaga keluarga sendiri ajer, tak nak nak jengok-jengok orang-orang kampung.., koi tau sesetengah tu ader gak gulungan profesional, berpelajaran tinggi, mungkin sentiasa sibuk dengan tugas seharian, waktu hujung minggu plak nak berihat-rihat bersama keluarga. Setahu koi kalau balik ke Sanggang tu, bila berjumpa di mana-mana bukan main mesra lagi....., koi rasa dah sampai masa nya kita orang-orang Sanggang d'Lembah Klang ni buat satu persatuan "Persatuan Anak-anak Sanggang", ader munafaat nyer jugak, sekurang-kurangnya merapatkan lagi perhubungan Silatulrahim di antara kalangan kita, ade masanya anak-anak kita yang membesar d' (Lembah Klang tu koi kira KL la senang) tak mengenali antara satu sama lain, sedangkan kita maseh ader hubung kait persaudaraan.

Koi harapkan blog ini akan mendapat fee back d kalangan raayat-raayat Sanggang......


Cucu Cicit Tok Perang Teh

Asssalamualaikum cucu cicit Tok Perang Teh - Khasnya raayat Sanggang,

Koi nak cuba borak-borak pasal kampung Sanggang dan juga bertukar-tukar maklumat sejarah Kampung Sanggang, secara ringkasnya mengikut sejarahnya, pada zaman kominis dulu, Kampung Sanggang tak d jejak pun oleh penganas kominis atau pun penyamun-penyamun , sentiasa aman bahgia (sampaikan ader kampung baru d namakan Kampung Sangggang Bahgia, gitu lah yang selalu d ceritakan oleh Pak We Nordin (dia duduk dekat Lubuk Kawoh), boleh d katakan Sanggang ni terkenal juga lah dari dulu hingga sekarang......, kalau dulu Sanggang ni tekenal dengan Pahlawan-pahlawan yang d segani macam Tok Perang Teh, banyak lagi yang ternama, tapi koi pun tak tahu sebenarnya.. he he he, (nantilah koi akan buat kaji selidek sape-sape orang dulu yang terkenal tu, koi hanya dengar cerita ajer, tapi saper yang tau sejarah Sanggang berilah tau, boleh kita masukkan dalam Blog borak-borak kita ni, sekurang-kurangnya dapat juga cucu cicit kita membacanya nanti), Sanggang zaman sekarang ni terkenal juga dengan adernya DUN Sanggang - (kalau dekat Sanggang bubuh sape pun calun gerenti BN boleh menang, mejoriti sanggang 95% melayu) orang tua-tua dah taksub dengan pati Um..., eh ke situ pulak peginye.....), koi maseh ingat dulu masa Pilehan Raya (kawasan DUN Sangang ajer) terpampang dekat mana-mana surat khabo sebut pasal Sanggang, gah juga koi nama Sanggang d tulis dalam mana-surat surat khabo. Buat masa kini kat Sanggang dah ketandusan raayat nya yang telah ramai berhijrah keluar kota (termasuk koi sendiri - he he he), maka tinggallah orang yang d panggil "Warga Emas" ajer.
Al kesah maka tersebutlah kesah Kampung Sanggang pada zaman sekarang...... masa kini!!!!!!!
Koi boleh d katakan setiap minggu akan menalepon orang tua (mak) d kampung, macam-macam lah yang dia ceritakan pada koi pasal Sanggang, cerita yang menariknya pasal keselamatan kampung Sanggang buat masa kini, tak selamat lagi...... penduduk kampung sentiasa dalam ketakutan tinggalkan rumah, mana tidak nya pada siang hari pun ader pencuri masuk pecah rumah......., itu cerita kat rumah, kalau kat kebun getah apa tah lagi.... pagi kita toreh, esoknya getah buku dah lesap (dah ader orang yang tolong pungutkan, duit jualan pun d pungutnye sekali)..... malah lebeh dahsat lagi penyamun-penyamun ni berani pukul orang d siang hari dan ambil duitnye, masyaallah dahshatnya Sanggang..........